Little Paris
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi, speaking here Batrisyia Damia. Welcome to My Paris Town. My land is my words. Gomawo!


Entries About Linkies Stuff


Walking Talking

Own Link.
No Harsh words allowed here.
Any excuse kat sini.
Click 'Go' sekali sahaja.


Big Clap

Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


About Love and Loss... )':


Jika diukir dengan segala bahasa
Cinta itu masih tiada sastera buatnya,
Jika dilukis dengan segala warna,
Cinta itu masih tiada citra baginya..
===========================
Tiadakah kerna cintakan tuhan
Insan berkorban dan terkorban?
Tanpa cinta lenyaplah agama
===========================
Tidakkah kerna cintakan anak
Ibu lupakan segala kehendak?
Tanpa cinta pupuslah manusia
===========================
Tidakkah kerna cintakan kekasih,
Insan sanggup hidup tersisih?
Tanpa cinta muramlah suasana
 
Tidakkah kerna cintakan negara
Rakyat sanggup hidup sengsara?
Tanpa cinta hapuslah segala warga
===========================
Dari akar mekar rasa cinta
Lahirlah jiwa mesra dan manja
Dari akar mekar rasa cinta
Bahagia dan sengsara menjelma
Dari akar mekar rasa cinta
Munculnya tawa dan air mata
===========================
Cinta jika ditentang halang
Terbentanglah selendang perjuangan
Semaraklah gendang kebangkitan
===========================
Cinta itu makhluk tuhan
Penuh keajaiban
Penuh kehairanan
Penuh kenikmatan
Penuh kesakitan
Penuh kesyahduan
Penuh keharmonian
Namun cinta tetap keperluan
Tanpa cinta pincanglah alam….
=============================